Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

STABILITI

STABILITI


Titik keseimbangan (point of equilibrium) sesuatu objek adalah titik di mana keseluruhan berat objek bertindak untuk mengimbangi kedudukan objek tersebut.

Pusat graviti (centre of gravity) objek adalah titik keseimbangan sesuatu objek. Ini adalah kerana pada titik ini;
Objek akan disokong dalam keadaan keseimbangan.
Berat keseluruhan objek seolah-olah untuk bertumpu di titik ini.

Kedudukan pusat graviti bergantung kepada bentuk sesuatu objek (shape of the object).

Pusat graviti objek bagi berbentuk sekata atau simetri (symmetrical):
Terletak di tengah-tengah atau di titik simetri objek tersebut.
Boleh ditentukan dengan melukis garis pepenjuru atau garisan simetri.

Titik persilangan pepenjuru ialah pusat graviti objek tersebut



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOKONGAN DAN GERAKAN

SOKONGAN DAN GERAKAN

Pelbagai sistem sokongan

Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.

Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium.

Rangka adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.

Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis
v Endoskeleton.
v Eksoskeleton (exoskeleton).
v Rangka hidrostatik

v Rangka hidrostatik

Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.

Fungsi rangka hidrostatik adalah:
Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
Membenarkan pergerakan


v Eksoskeleton

Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).

Fungsi eksoskeleton adalah:
Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
Mengelakkan badan daripada kekeringan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan


v Endoskeleton

Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).

Fungsi endoskeleton adalah:
Menyokong berat badan.
Memberikan bentuk kepada badan.
Melindungi organ dalaman badan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.

Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DINAMIK



   DINAMIK
 ü Daya (force) merupakan tolakan (push) atau tarikan (pull) yang bertindak ke atas sesuatu objek.

 ü Aksi seperti mengangkat, regangan, berpusing dan menekan adalah melibatkan tolakan dan tarikan

 ü Pelbagai jenis daya

 ü Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak) atau objek yang bergerak di dalam garis lurus.

 üDaya tidak boleh dilihat atau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagai kesan-kesan daya (effects of force).

 ü Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti:

 Ø Daya geseran
 Ø Daya gravity
 Ø Daya elektrostatik
Ø Daya magnetik


Daya geseran boleh;
Ø memperlahankan objek yang sedang bergerak.
Ø memberhentikan objek yang sedang bergerak.
Ø mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak.

Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh, daya geseran antara permukaan jalan dan tayar motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu untuk bergerak di atas jalan raya

















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKANAN UDARA

TEKANAN UDARA
     
TEORI KINETIK GAS
    Ingatkah anda tentang susunan dan pergerakan zarah-zarah  dalam gas?,udara ialah jirim yang berbentuk gas.Teori Kinetik Gas digunakan untuk mennjukkan simulasi pergerakkan zarah-zarah dan cara tekanan udara dihasilkan.
ü Udara mengandungi zarah-zarah yang bergerak secara rawak ke semua arah,
ü Zarah-zarah ini sentiasa berlanggar sesama sendiri dan berlanggar dengan permukaan sesuatu objek.
ü Daya yang dikenakan ke atas permukaan objek akibat perlanggaran zarah-zarah ini menghasilkan tekanan udara.
 
              
UDARA MENGENAKAN TEKANAN

Udara berada di sekeliling kita setiap masa.Tekanan udara bertindak ke atas badan kita dari semua arah tetapi kita tidak dapat melihat dan merasainya.Udara berubah mengikut ketiggian sesuatu tempat dari aras  laut.Semakin tinggi sesuatu tempat,semakin rendah tekanan udara.

ü Tekanan udara rendah
ü Tekanan udara tinggi


 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS