Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

SOKONGAN DAN GERAKAN

SOKONGAN DAN GERAKAN

Pelbagai sistem sokongan

Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.

Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium.

Rangka adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.

Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis
v Endoskeleton.
v Eksoskeleton (exoskeleton).
v Rangka hidrostatik

v Rangka hidrostatik

Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.

Fungsi rangka hidrostatik adalah:
Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
Membenarkan pergerakan


v Eksoskeleton

Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).

Fungsi eksoskeleton adalah:
Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
Mengelakkan badan daripada kekeringan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan


v Endoskeleton

Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).

Fungsi endoskeleton adalah:
Menyokong berat badan.
Memberikan bentuk kepada badan.
Melindungi organ dalaman badan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.

Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan