DUNIA MELALUI DERIA KITA.
ORGAN DERIA :
- DERIA PENGLIHATAN
- DERIA SENTUHAN
- DERIA PENDEGARAN
- DERIA RASA
- DERIA BAU
FUNGSI-FUNGSI ORGAN :
KULIT MANUSIA TERBAHAGI 3 LAPISAN IAITU EPIDERMIS,DERMIS DAN LAPISAN LEMAK.
 |
STRUKTUR KULIT MANUSIA |
RESPTOR FUNGSI
- HABA MENGESAN PANAS
- SAKIT MENGESAN SAKIT
- SENTUHAN MENGESAN SENTUHAN
- SEJUK MENGESAN SEJUK
- TEKANAN MENGESAN TEKANAN
DERIA BAU
- Deria bau atau penghiduan diantarakan oleh sel-sel deria khusus yang terdapat dalam rongga hidung makhluk vertebrat, yang boleh disamakan dengan sel-sel deria pada sesungut invertebrat.
- Hidung manusia terdiri daripada lubang hidung yang bersambung dengan sesuatu ruang yang dipanggil rogga nasal.
- Bau merupakan bahan kimia yang wujud dalam udara.
- lubang hidung: Bahan kimia dalam udara masuk ke rongga nasal.
- sel-sel deria bau: bahan kimia dalam udara larut dalam lapisan mukus yang merangsang sel-sel dera bau untuk menghasilkan impuls saraf.
- saraf ke otak: impuls saraf dihantar ke otak untuk ditafsirkan.
DERIA RASA
- Deria rasa adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa.
- Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.
- Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.
- Terdapat 4 jenis rasa yang dapat dikesan oleh lidah:
- masam
- manis
- pahit
- masin
Hubungan antara deria bau dan deria rasa :
- Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
- Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus.
- Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.
DERIA PENDEGARAN
- Deria pendegaran membantu kita mengetahui sesuatu yang sedang berlaku.
- Telinga ialah organ deria bagi pendegaran.
- Telinga dapat dibahagi kepada 3 bahagian : telinga luar,telinga tengah dan telinga dalam