SOKONGAN DAN GERAKAN
Pelbagai sistem sokongan
Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka
yang unik.
Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma
itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap
Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri
daripada tisu rangka yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium.
Rangka adalah suatu struktur yang keras dan kekal
dalam haiwan multisel. Sistem rangka bertindak sebagai sistem sokongan yang
penting kepada haiwan.
Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis
v Endoskeleton.
v Eksoskeleton
(exoskeleton).
v Rangka
hidrostatik
v Rangka
hidrostatik
Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan
di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.
Fungsi rangka hidrostatik adalah:
Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
Membenarkan pergerakan
v Eksoskeleton
Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi
bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).
Fungsi eksoskeleton adalah:
Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
Melindungi tisu badan yang lembut daripada
kecederaan.
Mengelakkan badan daripada kekeringan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan
membenarkan pergerakan
v Endoskeleton
Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di
dalam badan vertebrata (vertebrates).
Fungsi endoskeleton adalah:
Menyokong berat badan.
Memberikan bentuk kepada badan.
Melindungi organ dalaman badan.
Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan
badan
0 ulasan:
Catat Ulasan